this is me

My photo
“I want to be very close to someone I respect and admire and have somebody who feels the same way about me.”

Tuesday, February 7, 2012

Saya nak beli makan

Cuti Maulidur Rasul..Thaipusam...buat jalan-jalan kt KL smooth je..hehehe....
Kalau KL macam ini hari-hari kan seronok...
Nak berjalan senang...nak shopping senang...^_^
So,after balik dari Pesta Buku dekat PWTC terus pergi Jalan TAR..
dah lama tak pergi pasar malam hari sabtu dekat situ....


Dekat pasar,singgah makan dekat satu gerai mihun sup...
Tengah-tengah tunggu order,ada seorang lelaki tua,cina datang hulur bekas...
Dalam bekas tu adalah dalam RM 2,3 plus dengan duit syiling...
Dia goncang-goncang bekas itu,tanda mohon simpati diberi barang seringgit dua...
Bila aku mengeleng kepala,dia berlalu pergi pada orang lain...

Waktu itu hati terdetik..
"Kalau duit yang diberi itu untuk betul digunakan untuk beli makanan..
kalau kita bagi dia makanan dia terima ke"

So,macam dapat baca hati aku ni...
Tiba-tiba datang lagi seorang lelaki tua,india...
Dia hulur tangan dekat seorang customer yang tengah tunggu order dekat gerai itu sambil cakap
"Encik,saya nak beli makan ni encik"
Then lelaki itu jawab
"Awak kalau nak makan,awak pergi sana kedai saya ada jual nasi beriyani.Cakap dekat orang jaga itu,boss suruh bagi awak makan" 
Aku tersenyum dalam hati
"Macam tau-tau pak cik ni"
Lelaki india itu terus pergi entah ke mana.
Aku pun tak sure dia pergi ke kedai itu or 
apa yang dia cakap tadi hanya nak pancing simpati orang lain supaya bagi dia duit...

Terlalu banyak dilemma kan...
Bila terpandang ramai peminta-peminta sedekah di pasar,kedai-kedai makan,merata tempat...
Biasanya bila ditanya kenapa kita tak nak memberi?
"Itu semua sindiket tu..nak tipu orang"
Bila memberi tapi hati tertanya-tanya dia nak buat apa dengan duit itu,jadi tak ikhlas pula kan...
huhuhu....
Tapi untuk salahkan mereka,tak boleh juga..
Kalau setiap kali nampak orang yang sama,mestilah hati terdetik
"Ishh,asyik dia aje..hari ini dia...esok dia..."
Hahaha...aku pun kadang-kadang terfikir benda yang sama...;p

Sekadar memetik kata-kata dari penulis Zahiruddin Zabidi :

"Pernah ada ahli hikmah yang mengatakan "Memikirkan apakah diri ikhlas atau tidak adalah tanda orang itu tidak ikhlas sebenarnya "




So,personally aku rasa selagi kita boleh memberi,berilah sewajarnya
Memberi tidak akan mengurangi malahan bertambah rezeki


Aku memang respect pak cik kt pasar itu..^_^
Agaknya berapa ramai lagi peniaga yang boleh buat macam itu ek????


Semoga kita cukup kuat pertahankan apa yang kita yakinkan~~lots of love sweetroses..


2 comments:

reality is not a fairy tale story...^_^